Viral

Berharap Sangat Allah Hadirkan Insan Yang Lebih Baik Dalam Hidupnya – Aisyah Hijanah

1.04KViews

Alif oh Alif… Sampai hari ini masih ramai yang tak boleh move on dengan isu pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Walaupun ini isu rumah tangga orang tapi ramai yang menyatakan simpati dan mendoakan agar Aisyah terus tabah dengan ujian berat.

Pelakon wanita, Siti Khadijah turut memberikan kata-kata semangat dan merasakan Aisyah layak menerima orang yang lebih baik.

Aisyah awak layak menerima yang lebih baik, insya-Allah.

Aisyah kemudian membalas komen tersebut dengan harapan yang sama.

Saya sangat berharap suatu hari akan jumpa seseorang yang lebih baik apabila tiba waktunya. Untuk sekarang, saya akan cuba hadapi dan lalui semua masalah ini, terima kasih Khadijah.

Apapun, kita doakan juga agar pemasalahan yang timbul antara mereka dapat diselesaikan secara baik.