Resepi

Sambal Tumis Udang

1.04KViews

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk sambal tumis udang:
    • 1/2 kilo udang
    • Sedikit garam
    • 1/2 cwn minyak masak
    • 3 biji bawang merah besar
    • 5 ulas bawang putih
    • 4-5 biji bawang merah kecil
    • 1/2 inci halia
    • 10-15 tangkai cili kering
    • Sedikit air
    • 2 sb sos tiram
    • 3 sb sos cili
    • Sedikit air asam jawa
    • 1 sb gula merah @ gula perang
    • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan sambal:
    1. Hiris nipis 1 biji bawang besar untuk tumisan.
    2. 1 biji lagi bawang besar, potong membulat tebal-tebal, untuk taburan akhir.
    3. Potong kasar bawang besar, bawang putih, bawang merah kecil, dan halia.
    4. Cili kering, gunting halus kemudian rebus sampai mendidih dan lembut.
    5. Masukkan cili kering, bahan potong kasar tadi, air sikit dan kisar halus.
    6. Air asam jawa tuang air panas, biar lembut, nanti kita ramas sampai jadi pekat.
  2. Cara-cara untuk udang:
    1. Trim bahagian kepala dan bersihkan tali hitam belakang udang.
    2. Bila dah siap, boleh basuh bersih dan tabur garam sikit.
    3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang separuh masak(lebihkan sikit minyak sebab kita akan guna minyak yang sama untuk masak sambal).
    4. Bila sebelah dah bertukar jadi merah, cepat-cepat alih.
    5. Angkat semua udang dan ketepikan dulu.
  3. Cara-cara untuk sambal:
    1. Minyak goreng udang tadi kita guna balik untuk masak sambal.
    2. Tumis bawang besar sampai layu.
    3. Bila dah cukup layu, tuang masuk semua bahan kisar dan tumis sampai masak garing.
    4. Masukkan air kocak blender, dan terus masak sampai sambal kering, bertukar warna gelap sikit, dan pecah minyak.
    5. Bila dah mula pecah minyak, masukkan, sos tiram, sos cili, air asam jawa, gula merah (atau gula perang). Kalau tak suka manis, letak sikit je cukup.
    6. Sambung masak sampai kering.
    7. Che Nom tambah air 3 kali masa proses renehkan sambal ni, biar masak elok.
    8. Sambal dah pecah minyak, boleh masukkan udang.
    9. Kacau sekejap udang agak-agak masak.
    10. Last sekali, tabur dengan hirisan bawang besar dan masak sampai bawang layu.
    11. Okey dah siap. Boleh la hidang.