Resepi

Sup Tulang Thai

1.04KViews

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk rebusan tulang:
    • 1.5 kilo tulang lembu
    • 2-2.5 liter air
    • 1 batang serai
    • 2 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk sup:
    • 2 sb minyak masak
    • 1 biji bawang merah kecil
    • 4 ulas bawang putih
    • 1.5 inci halia
    • 1 sup bunjut
    • Rempah 4 sekawan
    • Daun ketumbar
    • 1 sb sos tiram
    • 1 kiub pati lembu atau ayam (pilihan)
    • 3 sb sos ikan
    • Garam secukup rasa
    • 1 sk serbuk lada putih
    • Batang saderi
    • 1 biji bawang holland
    • 3 helai daun limau purut (pilihan)
    • 3-4 sb jus limau nipis
    • 1 biji tomato
    • 10 tangkai cili padi

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Daun ketumbar, potong ambil bahagian akar. Bahagian daun potong kasar untuk kita tabur dalam sup.
    2. Limau nipis perah ambil jus.
    3. Bawang besar potong sederhana nipis. boleh guna bawang holland untuk sup, nak guna bawang Bombay pon boleh juaa.
    4. Batang saderi potong kasar. Memang sedap kalau letak batang celery, boleh dikatakan wajib ada dalam sup style thai.
    5. Tomato, belah 4, nak potong kasar pon ok.
    6. Daun limau purut, kalau ada letak, kalau takda skip je.
    7. Cili padi untuk rasa pedas-pedas sikit, nak letak dalam sup. Tak payah potong, cabut buang tangkai ja.
    8. Hiris nipis bawang merah kecil, halia dan bawang putih. Kemudian tumbik halus, kalau nak cepat boleh kisar.
  2. Cara-cara untuk rebus tulang:
    1. Rebus daging bahagian tulang dengan 1 batang serai dan 2 ulas bawang putih. Ketul-ketuk dan masuk dalam periuk.
    2. Rebus 1 jam dengan pressure cooker, kalau nak rebus cara biasa mungkin masa anggaran 2 jam.
    3. Asingkan air rebusan dan tulang.
  3. Cara-cara untuk masak sup:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai kekuningan dan layu.
    2. Masuk sup bunjut dan rempah 4 sekawan.
    3. Masuk akar ketumbar dan air rebusan tulang.
    4. Perasakan dengan sos tiram sikit dan sambung rebus sampai mendidih.
    5. Masukkan kiub pati lembu, kalau nak guna kiub pati ayam pon boleh.
    6. Masukkan garam, lada putih dan sos ikan.
    7. Masuk batang celery, boleh masuk dengan daun-daun dia sekali.
    8. Dan sekarang boleh masukkan semua isi tulang tadi.
    9. Tabur hirisan bawang holand, dan rebus sekejap.
    10. Dah dekat nak tutup api, boleh tabur dengan daun limau purut dan jus limau. Bau dan rasa, sangat lah refreshing.
    11. Last sekali, masuk potongan tomato, taburan daun ketumbar, dan cili padi.
    12. Lepas tu rasa lah, masin masam semua tu cukup ke tak, dan adjust ikut cita rasa anda.
    13. Dah siap pun sup Tulang ala Thai. Boleh lah hidang panas-panas, makan dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan.