Viral

Kakak Fatin Umaidah Didakwa Dibuang Keluarga Kerana Tak Setuju Kahwin Dengan Alif Teega

1.06KViews

Abang ipar kepada Fatin Umaidah, isteri kedua Alif Teega pula bersuara kali ni. Bagaimanapun, kenyataan yang tersebar ini tidak memihak kepada Alif mahupun Fatin tetapi lebih kepada menceritakan apa yang berlaku kepada kakak kandung Fatin.

Perkara ini tersebar di TikTok dan lelaki ini mendakwa isterinya telah dibuang keluarga Fatin kerana tidak bersetuju adiknya kahwin dengan Alif.

Lebih parah, lelaki itu turut mendakwa keluarga mentuanya menghasut isterinya untuk bercerai dan sering dipandang hina.

Betapa buruknya perangai ahli keluarga mentua aku ini. Merekalah punca aku dan isteri bergaduh kerana Arma terikut cakap mereka. La (sekarang) ni Arma dah kena buang keluarga sebab tak sokong tinfakan Fatin dan ahli keluarga.