Viral

Lepas Laporan Klinik, Tular Pula Rakaman Suara Aisyah Hijanah Dan Aliff Teega Bergaduh

1.06KViews

Makin panas nampaknya isu rumah tangga pempengaruh Aisyah Hijanah dan Aliff Teega ni. Terbaru, tular di TikTok rakaman suara mirip pasangan ini sedang bergaduh.

Dalam rakaman itu, kedengaran suara Aisyah memberitahu suaminya akan masuk lokap kerana mengasarinya. Malah, anak perempuan mereka iaitu Khadeejah menjadi saksi kepada perbuatan tersebut.

@prncs__takut ye dengar ni & tak sangka alif begini???

♬ original sound – ?

Kedengaran pula suara lelaki mirip Aliff mengatakan dia menjadi marah kerana Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami.
Katanya, Aisyah berkali-kali telah menghinanya walaupun dia telah memujuk cara baik.

Terdahulu, tular di media sosial laporan perubatan pesakit bernama Aisyah Hijanah binti Azhari yang mengalami beberapa kecederaan antaranya lebam di anggota badan.

Namun, pihak pengurusan klinik menafikan penyebaran laporan perubatan itu dibuat oleh pihak klinik.