Viral

Tular Video Aliff Teega Bersama Isteri Kedua Dalam Kereta, Siap Ada Luahan Hati

1.06KViews

Minggu ini media sosial kecoh apabila pempengaruh terkenal, Aliff Teega mengaku sudah berkahwin dua. Sebelum ini, Aliff dikaitkan dengan penyakit ain dan dia dikatakan dibawa berubat.

Netizen mengutuk tindakan Aliff berpoligami ketika isterinya, Aisyah Hijanah mengandung 5 bulan. Tak cukup dengan itu, pempengaruh ini didakwa memukul isterinya dan satu laporan perubatan telah tersebar.

Terbaru, seorang pengguna TikTok memuat naik video memaparkan kenangan mesra Aliff dan seorang wanita dipercayai isteri keduanya.

Dalam video itu, turut dimasukkan suara luahan hati yang sedih dengan perjalanan kisah cinta mereka.

@your_ad33 luahan buah hati abg teega ? #teeganyakamu #teapanas #siapani #fypシ゚ ♬ original sound – Yourrad✨

Mula-mula kita struggle, kita nak contact susah send gambar. And then Allah buka jalan, abang-abang saya terima. Family saya terima. Jalan yang kita pilih ni tak mudah awak, tapi saya tahu kalau saya kuat awak kuat one day kita akan betul-betul happy. Saya tak sabar nak jadi isteri awak, saya rindu awak sangat-sangat. Saya sayangkan awak tau. Take care, I love you.

Perkongsian pengguna di TikTok tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dalam masa sehari. Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan empunya suara di dalam video.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Aliff Teega dan isteri-isterinya. Semoga dipermudahkan segala urusan.