Hiburan

Belum nikah, Atikah Suhaime cuma hadiri kursus kahwin

1.14KViews

PELAKON Atikah Suhaime mengesahkan belum berkahwin sebaliknya menegaskan gambar di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dirakam selepas menghadiri kursus perkahwinan.

Perkara itu didedahkan ketika menjawab soalan kakak kepada penyanyi Jeslina Hashim, Mariana yang meninggalkan komen dalam Instagram miliknya.

Belum lagi (berkahwin), doakanlah,

katanya membalas pertanyaan kenalannya itu.

Perkongsian pelakon filem Volkswagen Kuning itu mengundang tanda tanya ramai apabila dilihat menggayakan baju kurung rona putih dan bertudung sambil berdiri disamping kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Enggan pengikut laman sosialnya salah sangka, aktres berusia 34 tahun itu meminta didoakan semoga semuanya berjalan lancar.

Menerusi tinjauan, rata-rata peminat dan rakan menzahirkan ucapan tahniah malah ada yang mendedahkan pasangan terbabit sudah mengikat pertunangan.

Dalam satu temu bual lain, selebriti asal Singapura itu menyatakan sudah bertunang dua bulan lalu dan bakal disatukan pada Januari tahun depan.

Hubungan dengan pewaris produk penjagaan diri popular itu bukan lagi rahsia selepas Atikah mendedahkan diperkenalkan kepada lelaki berkenaan pada Julai 2019.

Sebelum ini, dia pernah bertunang dengan penyanyi asal Singapura, Awi Rafael sebelum ikatan itu putus pada 14 Mac 2019, iaitu tiga hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Leave a Reply