Viral

Adik Aisyah Hijanah Dedah Punca Alif Teega Naik Tangan Sebab Tak Dapat Hapus Bukti Dashcam Sedang Mesra Dengan Fatin?

1.05KViews

Terbaru! Adik kepada pempengaruh Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam mendedahkan mengenai punca Alif Teega didakwa naik tangan pada kakaknya. Apa kes ni?

Menurut laporan Xtra, Amirul menerusi ruangan komen dalam satu hantaran berkata pada awalnya Aisyah mahu ambil memory card dalam dashcam kereta yang dipercayai ada bukti-bukti hubungan mesra Alif Teega bersama isteri keduanya, Fatin Umaidah sebelum ini.

Sebenarnya dashcam bukan nak cakap pasal kena pukul dalam kereta ke apa.. dashcam ni cerita dia Aisyah hanya nak tahu isi dashcam.

She decided to take the memory card dashcam tu then bila Alif naik kereta tu, nak sampai office dah terus perasan dashcam kereta keluar tanda no memory card.

Kereta tu pula selalu dibawa Alif or kemungkinan perempuan tu juga.. Sanggup patah balik ke rumah dan confront Aisyah sebab nak tahu sekiranya Aisyah ada ambil memory card dashcam tu.

Mula la selepas itu sesi angkat tangan from that guy (Alif).

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara yang dikatakan adik kepada Aisyah Hijanah terhadap Alif Teega ini benar ataupun tidak.

Sebelum ini tular rakaman kedengaran suara Aisyah memberitahu suaminya akan masuk lokap kerana mengasarinya. Malah, anak perempuan mereka iaitu Khadeejah menjadi saksi kepada perbuatan tersebut.

Kedengaran pula suara lelaki mirip Aliff mengatakan dia menjadi marah kerana Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami.