Hiburan

Ubai Berhenti Kerja, Kini Sibuk Berniaga Dan Usahakan Kebun – “Nak Fokus Urus Tanah Di Pahang”

1.06KViews

Pensohor media sosial dan juga suami kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, Ubai memaklumkan bahawa dia sudah pun berhenti kerja daripada sebuah syarikat kerana ingin fokus kepada bisnes yang diusahakannya.

Difahamkan, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah Mohd Zulkefli sedang mengusahakan perniagaan baju serta mahu menguruskan tanah miliknya yang terletak di Pahang.

Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang. Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan.

Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili. Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana.

Saya masih lagi buat kerja sebagai talent untuk mana-mana program yang diundang. Cumanya sekarang tidak terikat lagi dengan mana-mana stesen TV.

Terdahulu, Ubai ada membuat hantaran pengumuman di Instagram mengenai keputusannya untuk berhenti kerja di sebuah syarikat penyiaran setelah dua tahun berkhidmat.