Hiburan

Wanita Mengaku Skandal Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Buat ‘Plan’ Jahat Nak Jatuhkan Bella

70Views

Sejak awal pagi ini lagi, kecoh diperkatakan mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa dia merupakan kekasih pelakon Aliff Aziz sejak Januari 2024 lagi.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine ini, dia telah menceritakan mengenai kronologi hubungannya dengan Aliff sehingga pelakon itu ditangkap khalwat pada Mac lalu dengan seorang pelakon wanita.

Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan semua pihak, tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan dengan lebih lanjut. 

“Memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah. Tapi Aliff tidak berhak dituduh keseorangan begitu kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam,” tulisnya.

Menurut wanita berkenaan, Aliff telah dipergunakan oleh wanita yang ditangkap basah bersamanya dan wanita itu juga turut bersalah dalam isu ini.

“Sepatutnya Aliff berjumpa dengan saya pada malam itu tapi…”

Menerusi kronologi itu, Sarah menceritakan bahawa dia dan Aliff menjalinkan hubungan selepas Aliff kerap mengadu masalah hubungannya dengan isteri, Bella yang tidak baik.

Pada Februari 2024, mereka kemudian merancang untuk bertemu di Malaysia dan perjumpaan itu katanya sebelum Aliff terlibat dalam penggambaran dengan Ruhainies.

Ketika shooting drama tersebut berlangsung, wanita ini mendakwa hubungan mereka masih seperti biasa sehinggalah hari Aliff ditangkap khalwat, yang mana hari itu juga mereka sepatutnya bertemu tetapi Aliff mendiamkan diri sehingga berita itu tersebar di media sosial.

“Terkejut melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta…”

Namun semua akhirnya terkantoi apabila Sarah mendedahkan yang dia terlihat mesej perbualan Aliff dan pelakon wanita terbabit seperti sedang bercinta, walhal pada masa yang sama pelakon itu juga sedang bercinta dengannya.

Hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz…” 

Wanita itu juga mendakwa dia terkejut melihat perbualan Aliff dengan pelakon wanita terbabit serta rancangan pelakon itu dalam membolak-balikkan hati Aliff daripada isteri, Bella.

Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk protect NRF dan semua yang Aliff lakukan adalah dengan kata-kata dan suruhan NRF. (Nampak macam Aliff dah kena brainwash),” katanya.

Wanita ini juga sempat memohon maaf jika ada pihak yang terkesan dengan pendedahannya dan dia juga mendakwa Bella mengetahui akan kewujudannya dalam hidup Aliff.

To Aliff, of course I am still with you as I am your girlfriend. But you know me, salah tetap salah juga dan saya buat ini kerana cinta, untuk selamatkan awak dari semua kekusutan ini…” katanya lagi.

Bersama posting itu juga, Sarah memuat naik video mesranya bersama ‘kekasih’ saling berpelukan dan Aliff juga dilihat mencium wanita berkenaan di pipi.