Hiburan

Hari Bahagia Fattah & Amira Makin Hampir? Pengurus Minta Doa Yang Baik-Baik

4Views

Pengurus kepada pelakon Fattah Amin yang dikenali sebagai Aca meminta peminat mendoakan yang baik-baik  berikutan timbul dakwaan pelakon itu dikhabarkan bakal berkahwin dengan penyanyi Amira Othman.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, ada peminat yang bertanyakan dengan meninggalkan komen mengenai dakwaan berkenaan.

“Aca betul ke article pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin? soal netizen.

“Doalah yang baik-baik,” jawab Aca ringkas.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan jawapan diberikan pengurus aktor berkenaan serta ada yang tidak sabar menantikan hari bahagia selebriti itu.

Hari Bahagia Fattah & Amira Makin Hampir