Hiburan

“Job Review Dah Kurang I Dah Sendu” – Zarina Anjoulie Kini Kerja Kedai Sandwich

Zarina Anjoulie Kini Kerja Kedai Sandwich
4Views

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju kembali mencuri perhatian netizen selepas berkongsi tentang pekerjaan terbarunya sebagai pelayan di restoran O’Briens.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Anju dengan penuh semangat mengakui tidak malu bekerja sebagai pelayan untuk rezeki yang halal.

Dia yang merupakan seorang ibu tunggal mengaku bekerja keras demi menanggung kehidupannya bersama anak tersayang.

Yes saya kerja as server O’briens bezanya i dapat gaji lebih sikit I can do my live sambil kerja.

Menurut Anju, walaupun kini sudah kurang menerima tawaran ulasan berbayar dan tidak lagi sepopular dahulu, dia tetap bersyukur kerana masih mampu berdikari mencari rezeki dengan cara yang halal.

Maklum lah job review dah kurang I dah sendu so korang come la singgah tempat kerja Anju dan support ye. Saya tak malu nak kerja as server asal halal. I’m a single mother kena la buat apa yang patut untuk nak hidup dan sara anak. Doa-doa kan ye. Thank you semua love.

Lebih menyentuh hati, Anju menjelaskan dia kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dan mahu menjadi contoh positif dengan bekerja keras tanpa mengharapkan simpati.