Hiburan

Kontroversi Pakai Baju Nampak Lurah Dada, Sophia Albarakbah

3Views

Pelakon cantik Sophia Albarakbah akhirnya tampil bersuara, mengulas kes kontroversi baju yang menampakkan lurah dadanya seperti yang tular beberapa minggu lalu.

Enggan memanjangkan cerita, jelas Sophia, 32, dia hanya menggayakan busana itu dan menghormati pereka fesyen yang menaja pakaiannya untuk ke sebuah acara hiburan.

Screenshot

“Sebenarnya saya tak tahu apa-apa tentang isu ini (seksi) sehinggalah ada kenalan yang memberitahu saya ada berita tentang saya di media sosial.
“Saya cuma menggayakan busana yang ditaja ketika itu. Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya kepada Gempak.Sophia ditemui pada majlis pelancaran butik flagship Amber di Shangri-La Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam acara itu, Sophia dilantik antara enam wajah rakan strategik Amber iaitu jenama di bawah Usanita Sdn Bhd, di samping Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Nora Danish dan Fattah Amin.
Dalam pada itu, Sophia menegaskan dia bukan individu yang sengaja mencipta kontroversi untuk mencari publisiti.

“Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah akan sentiasa ada orang bercakap tentang kita.
“Saya tahu sebagai figura, kita berlu berdepan dengan segala macam kecaman sebegini.
“Saya bukan individu yang suka mencari kontroversi, saya hidup macam orang biasa tapi orang yang memilih untuk bercakap tentang saya,” tambahnya.