Hiburan

“Kasihan… Nasib Baik Teman Wanita Masih Mahukan Saya” – Nedim Nazri Perli Dakwaan Sudah Tak Berduit

1View

“DAH TAK BERDUIT?” — Nedim Nazri Terkejut Ditohmah Menumpang Kekasih

TEMAN lelaki kepada pelakon jelita, Nadia Brian, iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas dikecam segelintir netizen yang mendakwa dirinya kini tidak lagi mempunyai kewangan kukuh.

Lebih mengejutkan, Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri sama sekali tidak menyangka ada pihak yang percaya dia sudah ‘kering’ sehingga terpaksa bergantung pada kemewahan kekasihnya.

Menerusi satu hantaran di Threads, bekas suami aktres popular Nora Danish itu tampil membalas sindiran tersebut dengan nada sarkastik namun penuh seloroh.

“Alamak, ada orang duk kata saya dah tiada duit.
Kasihan saya, tapi nasib baik teman wanita (Nadia) masih mahukan saya lagi.
Maaf sayang, you kena bayar makan I,” tulisnya bersahaja.

Tidak berdiam diri, Nadia Brian turut berkongsi semula hantaran tersebut sambil memberikan kata-kata sokongan kepada kekasih hatinya.

“Tidak mengapa. Sharing is caring. Rezeki semua daripada Allah,” tulis Nadia ringkas tetapi bermakna.

Sebelum itu, Nedim mencuri perhatian pengikut di Instagram apabila memuat naik foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen romantis, “A little piece of my heart lives here” (secebis hati saya tinggal di sini).

Bukan itu sahaja, Nedim turut berkongsi foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl, sekali gus memperlihatkan hubungan harmoni yang terjalin.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun perkahwinan tersebut hanya bertahan selama empat bulan sebelum mereka berpisah pada April 2020.

Manakala Nedim pula pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan berpisah secara baik sekitar hujung April tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, yang kini berusia tujuh tahun.