Hiburan

“Ya Kami Sudah Tidak Tinggal Sebumbung” – Aslam Sakit Perut Di Mahkamah

5Views

SUAMI kepada pempengaruh kontroversi Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid mengakui kini tinggal berasingan selain menunggu keputusan daripada pihak mahkamah berhubung status rumah tangga mereka, hari ini.

Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid 27, ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi tampil memberikan jawapan ringkas berhubung dakwaan tersebut.

Ya, sudah tinggal berasingan. Saya sakit perut hari ini. Saya pun tak tahu lagi sekarang kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah.

Terdahulu, Aslam dilihat tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi, hadir berasingan dengan isterinya, Marissa, 21, bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Terdahulu, Aslam dan Marissa dilihat hadir secara berasingan ke mahkamah bagi prosiding berkenaan pada Selasa.

Aslam hadir ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakilinya dalam prosiding tersebut.

Sebelum ini, Muhammad Ammar dilapor berkata, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Muhammad Ammar Yaser dilapor berkata, Aslam melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Muhammad Ammar juga dilapor berkata, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.