Hiburan

Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh. Ada tapi..

108Views

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pemergian bekas anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Sejak pemergiannya, segelintir warga maya yang mengikuti siaran langsung (live) TikTok arwah mula berkongsi video yang berkait dengan ilmu yang diajarkan olehnya.

Sebelum ini juga, pernah menjadi bualan sesetengah pihak yang mempersoal dan mendakwa bahawa tidak ada mesin basuh di rumah mereka sehingga ada yang bersimpati dengan isteri arwah, Ina Naim.

Pun begitu, rupanya terdapat cerita disebalik kisah berkenaan selepas didedahkan oleh seorang individu, Ryhan Musa yang telah menziarahi Ina di kediamannya selepas pemergian arwah baru-baru ini.

Difahamkan, Ina atau Nordiana Mohd Naim menceritakan rumahnya bukanlah tiada kemudahan tersebut tetapi sebenarnya ia telah diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh. Ada tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.

“Ina tegur jiran tanya, ‘kenapa akak?’, ‘spin mesin basuh ni rosak Ina’, jawab jiran tadi.

“Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut,” katanya.

Ryhan membuat perkongsian tersebut pada Selasa di Facebook miliknya.

Jelas Ryhan lagi di ruangan komen, keluarga arwah sangat berhati mulia dan tidak boleh melihat orang berada dalam kesusahan.

Mereka bersungguh mahu menolong golongan yang memerlukan walaupun terpaksa bersusah payah dalam menjalani kehidupan seharian.

Ina juga memberitahu keluarganya pernah difitnah menjadi peminta sedekah dengan berpurdah namun tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Jelasnya, memang benar beliau pernah meminta sumbangan derma awam tapi ia bukan untuk kepentingan dirinya dan keluarganya.

Difahamkan, kata Ina sebaliknya kutipan derma tersebut adalah untuk dihantar kepada golongan mualaf di Sabah yang memerlukan.

Leave a Reply