Hiburan

Isteri Sedang Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Telah Berkahwin Dua

1.09KViews

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan perkara tersebut kepada umum bagi mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Mungkin selama in ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai sava sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni.

Dalam kesempatan itu, Alif meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah kerana bersabar dan tabah menghadapi ujian sepanjang mereka bersama. Alif juga akui, Aisyah seorang isteri yang sempurna di matanya malah tiada sebarang kekurangan pun pada diri wanita itu.

Aisyah tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya & Aisyah adalah berbeza.

Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia.

Alif berharap agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi tentang isu tersebut sebaliknya titipkan doa buat mereka sekeluarga.

Leave a Reply