Hiburan

Premier dokumentari hentam Hamas tak dapat sambutan, Gal Gadot pun cabut hilangkan diri!

1.05KViews

TAYANGAN perdana dokumentari Bearing Witness to the October 7th Massacre yang kononnya memaparkan serangan Hamas terhadap Israel gagal mendapat perhatian penonton.

Acara yang dianjurkan oleh pelakon Gal Gadot itu tidak mendapat sambutan selain ramai selebriti yang dijemput tidak menghadirkan diri.

Gadot juga dilaporkan tidak hadir ke tayangan filem berkenaan meskipun acara tersebut adalah ideanya sendiri.

Tayangan dokumentari tersebut dilaporkan atas bantuan Jawatankuasa Yahudi Amerika dan Liga Anti Fitnah.

Pengarah dokumentari itu, Guy Nattiv memberitahu penting baginya untuk menayangkan filem tersebut bagi menunjukkan kebenaran tentang peperangan di antara Palestin dan Israel.

Gadot yang juga bekas pengajar kecergasan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) secara terus menyatakan sokongan terhadap Israel.

Pelakon filem Wonder Women itu tetap dengan pendirian Israel berada di pihak benar terutama ketika pencerobohan semakin meningkat melibatkan rejim zionis di Gaza.

Leave a Reply