Hiburan

Syafie Naswip Sah Bergelar Suami, Serah Mas Kahwin RM300 Buat Cinta Hati

18Views

Dengan sekali lafaz, Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip sah bergelar suami kepada suri hatinya bernama Nur Afiqah Ishak.

Difahamkan, majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan Wilqadry, Putrajaya disempurnakan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang.

Pelakon berusia 31 tahun itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan. Majlis tersebut disiarkan secara langsung di Instagram milik Syafie dan disaksikan lebih daripada 1,500 penonton

Semalam Syafie memaklumkan dia akan berkongsi satu pengumuman khas di media sosial miliknya pagi ini.