Hiburan

Hidayah Malas Layan, Ali Cakap Sebab Dah Dapat Duit

40Views

Terdahulu, pelawak Ali Puteh menjelaskan isu faraid melibatkan harta peninggalan arwah Abam sudah diselesaikan bulan lalu.

Apa yang belum setel adalah bayaran saman sebanyak RM75,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah seperti yang diperintah mahkamah.

Ali berkata, dia sudah berusaha untuk membayar hutang seperti bayaran ansuran bulanan dan tukaran 3 buah motosikal beserta cash RM25,000 tetapi ditolak Hidayah.

Untuk dakwaan itu, Hidayah menjawab dia malas layan dan hanya berkongsi semula temubualnya bersama Melodi. Dalam video itu, peguamnya ada menjelaskan isu saman fitnah dan faraid secara terperinci.

Kata peguam, Hidayah tak setuju kerana amaun yang dinyatakan terlalu tinggi berbanding dengan motor itu.

Jadi, pihaknya membuat tawaran untuk mengambil motor dan menjualnya, manakala baki dibayar Ali secara ansuran namun tiada maklum balas dari pihak sana.

Terbaru, Ali menerusi Instagram Story menempelak Hidayah berkata, kakak iparnya itu malas layan kerana sudah menerima wang faraid bulan lepas.

Ali berkata, dia sudah membuktikan tuduhan Hidayah bahawa dia makan harta anak yatim adalah tak benar.

Ujar pelawak ini lagi, dia hanya menunggu masa Allah SWT menunjukkan kepada umum siapa di pihak yang benar.